Fungsi PKG

FUNGSI 1:  DASAR
Merancang, melaksana, memantau,  menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan

FUNGSI 2:  INISIATIF ICT
Merancang dan menyelaras inisiatif ICT dalam pendidikan  serta menyedia,  melaksana dan memantau  perkhidmatan sokongan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran

FUNGSI 3:  PEMBESTARIAN SEKOLAH
Merancang, menyelaras, melaksana, memantau, dan menilai pembestarian sekolah

FUNGSI 4:  PENERBITAN BAHAN
Merancang, menyedia, menerbit dan menilai keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran  dalam pelbagai media

FUNGSI 5:  PEMBUDAYAAN LITERASI MAKLUMAT
Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat Sumber Sekolah

FUNGSI 6:  PENYEBARAN
Menyebar dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan pendidikan serta  pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai pelantar

FUNGSI 7:  KAJIAN DAN PENILAIAN
Menjalankan kajian dan penilaian penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah

FUNGSI 8:  KHIDMAT KEPAKARAN (INOVASI & KREATIVITI)
Menyediakan perkhidmatan kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti  teknologi pendidikan di sekolah