Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

  • Menurut 1Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa sekarang, setiap aset alih kerajaan perlulah didaftarkan supaya:
    • Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini;
    • Memudahkan pengesanan dan pemantauan;
    • Membolehkan keadaan aset diketahui; dan
    • Memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset.
  • Setiap aset hendaklah didaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.
  • Aset yang diterima tanpa penempatan hendaklah didaftarkan di dalam KEW.PA-2 atau KEW.PA-3.  Ruangan penempatan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Aset.  Apabila aset tersebut telah ditentukan penempatan sebenarnya, maka perubahan penempatan pada KEW.PA-2 atau KEW.PA-3 hendaklah dikemas kini.
Attachments:
Access this URL (http://www.treasury.gov.my/pekeliling/topik/AM2.3.pdf)AM2.3.pdf[Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan: Pendaftaran]1016 kB
Download this file (kew_pa_3.doc)kew_pa_3.doc[Contoh KEW. PA-3]50 kB