Program NILAM Tambahbaik

Program NILAM yang ditambahbaik merupakan kesinambungan kepada program NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik lebih berfokus kepada kualiti pembacaan berbanding kuantiti bahan dibaca dalam NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas pembacaan) yang akan melihat kepada aspek kualiti selepas pembacaan. Bahan-bahan yang boleh dibaca lebih pelbagai dan tidak terikat kepada buku berbentuk fizikal sahaja.

Format Buku Rekod NILAM

Program NILAM yang ditambahbaik telah dirintis di 104 buah sekolah di Selangor pada tahun 2016.  Hasil daripada rintis tersebut, satu format perekodan NILAM yang baharu telah disediakan.  Format Buku Rekod NILAM yang terkini dengan penambahbaikkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan mula digunakan mulai sesi persekolahan 2017 secara soft start dan akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2018.

Untuk sesi persekolah 2017 ini, Buku Rekod NILAM format yang lama masih boleh digunakan dan penggunaan buku rekod format yang ditambah baik akan digunakan setelah buku yang lama habis digunakan.

Contoh Buku Rekod NILAM yang ditambahbaik boleh dirujuk pada e-book melalui pautan di bawah: