Perasmian Frog Classroom SMKA Maahad Muar

Projek Frog Classroom Makeover merupakan satu inisiatif pengubahsuaian bilik darjah untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran masa akan datang (abad ke-21) yang sebahagian kosnya ditaja oleh pihak Yayasan YTL.

FROG Classroom SMK Agama Maahad Muar merupakan Frog Classroom yang ke-9 di negeri Johor dan yang pertama di Daerah Muar dirasmikan.

Majlis Perasmian Frog Classroom SMKA Maahad Muar telah disempurnakan pada:

  • Tarikh :  3 Ogos 2016 (Rabu)
  • Masa :  10.00 pagi
  • Tempat :  Bilik Frog SMKA Maahad Muar
  • Perasmi :  En Azizan bin A Razak, Pemangku Ketua Penolong Pengarah, BTPN Johor

Frog Classroom Makeover SK Panchor, Muar

Projek Frog Classroom Makeover yang seterusnya di daerah Muar adalah di SK Panchor.  Projek Frog CRMO ini telah dimulakan semenjak Ogos 2016.  Hasil kerjasama pelbagai pihak seperti warga sekolah, PIBG dan PKG Lenga, Frog Classroom tersebut telah berjaya disiapkan.  Pihak YTLF telah membekalkan perabot dan pendingin hawa pada 16 November 2016.

Majlis Perasmian Frog Classroom SK Pancor yang merupakan Frog Classroom yang ke-17 di negeri Johor dan yang kedua di Daerah Muar dijsempurnakan pada:

  • Tarikh :  20 November 2016 (Ahad)
  • Masa :  12.30 tengah hari
  • Perasmi :  En Mohd Zaid bin A Rahman, Pengerusi Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah, En Azizan bin A Razak, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Johor, En Mokhtar Omar dan En Hairil Fitri dari Unit Pembestarian Sekolah BTPNJ, En Yuvaraj dari FrogAsia, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Lenga dan Bakri serta mantan Guru Besar, En Sallehuddin

Frog Classroom Makeover SK Parit Keroma Darat, Muar

Satu lagi projek Frog Classroom Makeover di daerah Muar adalah di SK Parit Keroma Darat yang juga merupakan Hub VLE daerah Muar.  Projek Frog CRMO ini telah dimulakan semenjak Jun 2016.  Hasil kerjasama pelbagai pihak seperti warga sekolah, PIBG dan syarikat swasta serta NGO berhampiran, Frog Classroom tersebut telah berjaya disiapkan menjelang akhir tahun 2016.

Majlis Perasmian Frog Classroom SK Parit Keroma Darat adalah merupakan Frog Classroom yang ke-19 di negeri Johor dan yang ketiga di Daerah Muar telah disempurnakan pada:

  • Tarikh :  24 November 2016 (Khamis)
  • Masa :  12.00 tengah hari
  • Perasmi :  En Azizan bin A Razak, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Johor

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah En Mokhtar Omar dan En Hairil Fitri dari Unit Pembestarian Sekolah BTPNJ, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Jalan Tunku Bendahara dan Bakri serta Guru VLE sekolah berhampiran.

Frog Classroom Makeover SMK(P) Sultan Abu Bakar, Muar

Satu lagi projek Frog Classroom Makeover di daerah Muar yang telah dapat disempurnakan adalah di SMK(P) Sultan Abu Bakar.  Projek Frog CRMO ini telah dimulakan semenjak Jun 2016.  Hasil kerjasama pelbagai pihak seperti warga sekolah dan PIBG, Frog Classroom tersebut telah berjaya disiapkan pada akhir tahun 2016.

Majlis Perasmian Frog Classroom SMK(P) Sultan Abu Bakar, Muar adalah merupakan Frog Classroom yang ke-21 di negeri Johor dan yang keempat di Daerah Muar telah disempurnakan pada:

  • Tarikh :  23 Februari 2017 (Khamis)
  • Masa :  12.30 tengah hari
  • Perasmi :  En Azizan bin A Razak, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Johor

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah En Hairil Fitri dari Unit Pembestarian Sekolah BTPNJ, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Jalan Tunku Bendahara dan Bakri serta Guru VLE sekolah berhampiran.

Pautan Untuk Maklumat Lanjut

Disenaraikan pautan yang mungkin dapat memberikan maklumat yang lebih lanjut tentang Frog VLE Classroom Makeover ini:

Attachments:
Download this file (ELEV_1_3 _Inside Classroom.pdf)ELEV_1_3 _Inside Classroom.pdf[Pelan Bahagian Dalam Bilik Darjah 1 & 3]42 kB
Download this file (ELEV_2_4_Front Back Classroom.pdf)ELEV_2_4_Front Back Classroom.pdf[Pelan Depan dan Belakang Bilik Darjah]38 kB
Download this file (ELEV_5_Outside Classroom and Jotun Paint.pdf)ELEV_5_Outside Classroom and Jotun Paint.pdf[Pelan Bahagian Luar Bilik Darjah dan Kod Warna Cat Juton]70 kB
Download this file (FROG CLASSROOM PLAN_STD Model.pdf)FROG CLASSROOM PLAN_STD Model.pdf[Pelan Susunan Perabot]87 kB
Access this URL (http://pkgbakri.net/vlecrmo/Frog%20Classroom%20Manual.pdf)Frog%20Classroom%20Manual.pdf[Frog Classroom Manual]3616 kB
Download this file (REFLECTED CEILING PLAN. - STD-Model.pdf)REFLECTED CEILING PLAN. - STD-Model.pdf[Pelan Siling Bilik Darjah]43 kB

Frog VLE Classroom Makeover

  • Merupakan satu inisiatif pengubahsuaian bilik darjah yang ditaja oleh Yayasan YTL dan telah direka oleh pasukan pereka YTL dan FrogAsia.  Bilik darjah ini direka dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran masa akan datang (abad ke-21) dengan menekankan kos efektif, mudah untuk diulang bina di sekolah-sekolah lain dan mampu disediakan oleh sukarelawan.
  • Rekaan bilik darjah dengan meja murid berbentuk melengkung yang direka khas dan disusun dalam formasi melingkar di keseluruhan bilik membolehkan murid duduk dalam kumpulan yang menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif.  Selain itu, dinding bilik dicat dengan pelbagai warna lembut dan terang yang dapat memberi murid menyerlahkan diri.
  • Di Johor, projek ini dilaksanakan dalam 3 fasa, dan pihak JPN dan BTPN telah memilih sekolah berikut untuk menyertainya:

Fasa

Sekolah

Kos

Fasa Rintis Yayasan YTL

  1. SMK Teluk Kerang, Pontian
  2. SMK Dato’ Usman Awang, Johor Bahru

Ditaja sepenuhnya oleh Yayasan YTL (RM30,000)

Fasa 2
(1 Sekolah 1 Daerah)

  1. SMK Jln Mengkibol, Kluang
  2. SMKA Maahad Muar
  3. SK Sedenak, Kulai
  4. SJK(C) Foon Yew 5, Pasir Gudang
  5. SMK Mutiara Rini, Johor Bahru
  6. SMK(P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat
  7. SM Sains Kota Tinggi
  8. SK Telok Lipat, Mersing
  9. SMK Ledang, Tangkak
  10. SMK Seri Kenangan, Segamat

Disediakan oleh sekolah:

  • RM 11,150

Ditaja oleh Yayasan YTL:

  • RM 14,350

Fasa 3
(Sekolah Abad Ke-21)

55 sekolah menengah dan 55 sekolah rendah seluruh Johor

  • Daerah Muar (Sekolah Menengah):
  1. SMK Convent Muar
  2. Sekolah Tinggi Muar
  3. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  4. SMK(P) Sultan Abu Bakar
  5. SMK Pekan Baru
  • Daerah Muar (Sekolah Rendah):
  1. SK Convent Muar
  2. SK Orang Kaya Ali
  3. SK Bandar Maharani
  4. SJK(C) Pei Yang
  5. SK Bukit Pasir

Disediakan oleh sekolah:

  • RM 11,150

Ditaja oleh Yayasan YTL:

  • RM 14,350