• .

  • .

  • .

  • .

Copyright 2019 - Custom text here

Home

Anugerah NILAM Negeri Johor 2019

Anugerah NILAM Peringkat Negeri Johor 2019 telah berlangsung pada 18 hingga 20 Mac 2019 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Seramai 44 orang peserta dari 11 daerah seluruh negeri Johor telah mengambil bahagian dalam empat kategori yang dipertandingkan iaitu Sekolah Rendah Bahasa Melayu, Sekolah Rendah Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Bahasa Melayu dan Sekolah Menengah Bahasa Inggeris. Setiap peserta perlu melalui dua sesi penilaian (individu dan kumpulan) untuk menentukan pemenangnya. Johan bagi setiap kategori akan mewakili negeri Johor ke Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2019 yang akan dijalankan pada 2 hingga 5 April 2019 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.

Majlis Penutup Anugerah NILAM Peringkat Negeri Johor 2019 telah diadakan pada 26 Mac 2019 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor dan disempurnakan oleh Yang Mulia Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam.

Berikut adalah keputusannya:

Kategori BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
1   NUR FATIHAH SYAMIMI BINTI SUHAIMI  -  SK PARIT SAMSU, MUAR
2   NURMARSYA ADEEBA BINTI MOHD YAZI  -  SK SERI COMEL, BATU PAHAT
3   OMAR YAZID BIN AHMAD JAIS  -  SK TAMAN NUSA DAMAI, PASIR GUDANG

Kategori BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
1   THASHVEENAA MURALI  -  SJKT KANGKAR PULAI, KULAI
2   CAYSHA LWALANI LIM EE LYNN  -  SK CANOSSIAN CONVENT, KLUANG
3   TVISHAA A/P PERAGASH  -  SK TAMAN NUSA DAMAI, PASIR GUDANG

Kategori BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
1   MUHAMAD BADRUL NAIM BIN MOHD BESRI  -  SM SAINS JOHOR, KLUANG
2   FITRI HANANI BINTI AZLEN  -  SMK TANJUNG DATUK, KOTA TINGGI
3   AIMA SURIANI BINTI AZHAR  -  SMK SAGIL, TANGKAK

Kategori BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH
1   FARIS BIN ISMI  -  SM TEKNIK, JOHOR BAHRU
2   SURAYA HANI BINTI DAUD  -  SMK(P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR
3   SHEY MANSUR BIN ABDUL KARIM  -  SMK DESA CEMERLANG, PASIR GUDANG

f t g m