• .

  • .

  • .

  • .

Copyright 2019 - PKG Bakri, Muar

Home

PERINGATAN MESRA : Makluman Keperluan Untuk Pengguna Membuat Sandaran (Backup) Data dan Bahan Kandungan FROG Drive dan Google Drive di FROG VLE

Berdasarkan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Versi 2.0 KPM yang berkuatkuasa 19 Mac 2012, maklumat dan perisian perlu disandarkan ('backup') secara berkala; serta media yang tidak diperlukan perlu dilupuskan secara selamat dan terjamin bagi mengekalkan integriti dan ketersediaan maklumat dan kemudahan pemprosesan maklumat (Perkara 10.5 dan 10. 7.2).  Dasar tersebut adalah berkaitan dan boleh digunapakai dalam hal berhubung dengan data dan bahan kandungan dalam FROG VLE. Memandangkan terdapat bahan kandungan dan aset digital yang disimpan oleh pengguna FROG VLE dalam storan 'cloud' FROG Drive dan Google Drive yang hanya boleh diakses oleh pengguna melalui ID 1BestariNet masing-masing, pengguna FROG VLE perlu melaksanakan proses sandaran ('backup') ke media storan peribadi dengan sendiri.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat makluman [Ruj: KPM.100-15/1/12 (7)] bertarikh 3 Mei 2019, tentang perkara tersebut .  Pengguna-pengguna FROG VLE yang telah dibekalkan dengan ID 1BestariNet dikehendaki melaksanakan proses sandaran ke peranti storan masing-masing sebelum 29 Jun 2019.

f t g m