• .

  • .

  • .

  • .

Copyright 2019 - PKG Bakri, Muar

Home

Pelaksanaan Program NILAM Dan Perekodan Bacaan Di Sekolah KPM

Program NILAM yang dilaksanakan sejak tahun 1999 telah ditambah baik pada tahun 2017 selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM akan melaksanakan penambahbaikan terhadap pelaksanaan Program NILAM seperti berikut:

  1. Format baharu perekodan NILAM telah diperkenalkan dan akan digunakan sepenuhnya di sekolah mulai tahun 2020 (seperti dalam Lampiran A)
  2. Bagi pengisian data tahun 2019, sekolah bebas untuk memilih sama ada menggunakan format sedia ada (telah diperkenalkan pada tahun 2018) ATAU format seperti yang dinyatakan pad a para 1
  3. Perekodan bacaan bagi murid Tahap 1 diserapkan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  4. Pihak sekolah bebas untuk mengisi data tersebut di dalam buku rekod sedia ada atau lain-lain cara seperti di atas helaian kertas, hamparan elektronik (cth. Microsoft Excel, Google Sheets) dan sebagainya
  5. Pihak sekolah bebas untuk menerapkan kemahiran mencatat isi penting sewaktu membaca disesuaikan dengan umur, tahap dan keupayaan murid mengikut persekitaran sekolah, antaranya, mengambil kira faktor tugas sedia ada guru
  6. Pencapaian murid dalam Program NILAM dikemas kini dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
f t g m