• .

  • .

  • .

  • .

Copyright 2019 - PKG Bakri, Muar

Home

Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital (DCS) Tahun 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 : Konsolidasi dan Kelestarian (2011 - 2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 - 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik rnelalui pemantapan insfrasturktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan.

Untuk makluman, Skor Kompetensi Digital (Digital Competency Score - DCS) adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. DCS telah bermula pada tahun 2016. Pada tahun ini, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah KPM. 


Penilaian DCS ini akan dilaksanakan secara berkumpulan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah seperti berikut:

Tarikh Pelaksanaan Sasaran Maklumat Tambahan
Kumpulan 1 : Kategori DCS - Sekolah Menengah
  • Digalakkan untuk semua murid kumpulan sasaran.
  • Sekurang-kurangnya 40 orang murid bagi setiap kumpulan sasaran.
  • Bagi SKM yang mempunyai murid kurang dari 40 orang, bilangan murid berdasarkan jumlah murid bagi setiap kumpulan sasaran di sekolah masing-masing.
1 Julai - 30 Ogos 2019 Murid Tingkatan 3
Murid Tingkatan 5
Kumpulan 2 : Kategori DCS - Sekolah Rendah
15 September - 22 November 2019 Murid Tahun 6

 

Pelaksanaan DCS di sekolah-sekolah akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di negeri masing-masing dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT melalui pautan berikut http://dcs.moe.edu.my/.

Sebagai panduan, sila layari pautan berikut untuk Tindakan Penyelarasan di sekolah 
http://pkgbakri.net/index.php/laporan/dcs-panduan-tindakan-admin-di-sekolah

Attachments:
Download this file (SURAT PELAKSANAAN DCS-JOHOR2019.pdf)SURAT PELAKSANAAN DCS-JOHOR2019.pdf[ ]1512 kB
f t g m