• .

  • .

  • .

  • .

Copyright 2019 - PKG Bakri, Muar

Home

Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan SSQS Tahun 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) setiap tahun untuk menilai tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia.  SSQS ini digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Pelaksanaan penarafan Pembestarian Sekolah yang akan dilaksanakan mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2019 secara dalam talian  ( http://ssqs.moe.edu.my/ ).  Di negeri Johor, penarafan ini akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan Pusat Kegiatan Guru zon masing-masing dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari/ Guru Penyelaras ICT sekolah.

Sebarang pertanyaan berkaitan penarafan boleh diajukan kepada Pegawai Meja  SSQS Negeri Johor, Pn. Haslinda binti Hassan, Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor di talian 019-7703692.

Attachments:
Download this file (Surat Pelaksanaan SSQS 2019.pdf)Surat Pelaksanaan SSQS 2019.pdf[ ]1203 kB
f t g m